PEMILIHAN FUTSAL
Semalam (08/10/2009) telah diadakan sesi pemilihan pasukan futsal pendidikan khas bagi mewakili negeri Kelantan ke pertandingan futsal pendidikan khas kebangsaan. Sesi pemilihan ini dijalankan di SK Tok Sangkut, Pasir Mas Kelantan.
PIPKSMKCR telah menghantar 8 orang peserta bagi pemilihan tersebut. Alhamdulillah seorang peserta telah terpilih ke sesi pemilihan seterusnya. Jumlah keseluruhan peserta yang dipilih kini adalah seramai lebih kurang 25 orang dan hanya 7 orang sahaja yang akan dipilih untuk mewakili Kelantan nanti. Pemilihan dan penyingkiran ini akan dilakukan pada latihan pusat kelak (tarikh belum dikeluarkan).
Walaubagaimanapun PIPKSMKCR ingin mengucapkan tahniah kepada Muhamad Kamaruzaman Mustapha kerana menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Sama ada terpilih atau tidak untuk mewakili Kelantan,sekurang-kuraangnya anda telah mengharumkan nama PIPKSMKCR dengan menjadi wakil daerah Pasir Puteh. Tahniah diucapkan.

2 komen/cadangan:
Taaahhniaaah~!
Dah terpilih xnak pulak pergi.apa nak buat,dah namanya pendidikan khas.hehe
Post a Comment