Powered by Blogger.

Meriahnya RAYA!!!

10/05/2009

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Majlis Sambutan Hari Raya Program Integrasi Pendidikan Khas SMKCR 2009 berjalan dengan jayanya. Dari seawal 6:45 pagi lagi pelajar PIPKSMKCR sudah terpacak dihadapan kelas menunggu kedatangan guru. Begitu bersemangatnya anak-anak istimewa ni nak sambut Hari Raya.

Antara juadah yang disediakan untuk santapan para tetamu ialah Nasi Bariani, Sate, Ketupat, Tapai, Bihun Goreng, "Colek Buah", Kuih muih, biskut dan sebagainya.

Sambutan Hari Raya PIPKSMKCR ini bukan sahaja dikunjungi oleh warga SMKCR sahaja malah turut mendapat kunjungan daripada Pegawai dari JPN, PPD, Klinik Kesihatan, Guru dan pelajar PIPK SK Cherang Ruku.

Warga PIPK SMKCR ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya kepada Pentadbir SMKCR, Warga SMKCR, Tn.Hj Nasrudin (Ketua Sektor Pend. Khas/Swasta), En. Harun (Timbalan PPD Pasir Puteh), En. Nilman (Pen. Pengarah Unit Pend. Khas JPN), En. Mohd Noor (Penyelia Pend. Khas JPN), En. Mohd Ilmee (Pen. Pengarah Pemulihan Khas JPN), En. Rosidi (Pen. PPD), En. Saupi (Pegawai Khas Pend. Khas PPD) serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak.


Warga PIPKSMKCR ingin memohon kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan pada Majlis Sambutan Hari Raya 2009. Semoga para hadirin berpuas hati dengan layanan dan hidangan kami. InsyaAllah jika ada rezeki pada tahun hadapan sampailah undangan kami.

"Jari Disusun, Ampun Dipohon, Ukhuwah Disambung"

3 komen/cadangan:

ahmad humairi October 7, 2009 at 10:22 AM  

salam,
kemeriahan raya biar berlalu,
kini lambaian haji di alu...

PPKISMKCR October 9, 2009 at 7:17 AM  

Bersama kita mencari keredhaan-Nya.

PPKISMKCR October 9, 2009 at 11:00 PM  

Tabik spring kepada Ketua Sektor Pend.Khas/Swasta yang memberi sokongan dengan datang kemajlis kami wpun sibuk.Raya tahun lepas pun KS datang gak.Susah nak cari KS yang baik+mesra cam ni

p/s:ni bukan bodek tp cakap betul.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP