Powered by Blogger.

PERSIAPAN MASKOT SEMPENA K.O.T - Fasa I

2/13/2011

Bahang Kejohanan Olahraga Tahunan (K.O.T) yang bakal menjelma pada bulan Mac nanti telah terasa kepanasannya di PPKI SMKCR.. Selain latihan fizikal untuk atlit PPKI, perbarisan juga perkara yang perlu diambil perhatian. Kami telah memilih tema flora dan fauna bagi perbarisan yang akan diadakan nanti.

Tugasan awal untuk membuat maskot telah diberikan kepada cikguyiee.. so langkah pertama surf kat internet dulu cari idea..cari punya cari inilah maskot yang bakal kami buat nanti..

Mungkin hasilnya tidak akan secantik ini namun kalau ada iras2 sikit tu pun kira ok la.. Dah dapat idea, tanpa membuang masa dan segan silu maka kerja-kerja membuat kerangka asas terus dilakukan.
Cadangan material asal kerangka adalah daripada buluh namun material tersebut sukar didapati serta boleh mendatangkan kecederaan (tajam) maka kami menggunakan paip PVC sebagai bahan utama..
Proses mengukur dan memotong perlu dilakukan dengan teliti.
Setelah dipotong, digam, dibakar, dibengkok dan macam2 lagi peoses..ini lah hasil awal bagi kerangka maskot kami..


*Fasa kedua akan menyusul nanti..

0 komen/cadangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP