Powered by Blogger.

Berat Sama DiPikul...

9/17/2009

Ketika umat Islam sedang gembira menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia, Wan Mohd Hanif (Pelajar PIPKSMKCR) dirundung duka kerana kehilangan ayahanda tercinta. Allahyarham meninggalkan 7 orang cahayamata termasuk seorang bayi yang lahir lebih kurang seminggu selepas itu.

Warga PIPKSMKCR tidak berdiam diri. Bantuan kewangan dan keperluan harian segera dihulur bagi meringankan beban. Kesusahan hidup yang dialami memaksa bayi comel yang baru lahir tidur dalam keadaan kepanasan kerana ketiadaan kipas. Keadaan ini menyebabkan kulit halus bayi ini dipenuhi tompok-tompok merah. Melihat keadaan tersebut warga PIPKSMKCR menyumbangkan sebuah kipas dengan harapan bayi comel ini akan dapat tidur dengan lebih lena..

0 komen/cadangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP