Powered by Blogger.

KEJOHANAN OLAHRAGA PEND. KHAS KEBANGSAAN 2009

7/19/2009

Seorang guru PIPKSMKCR iaitu Mohd Yusri Bin Yusoff telah dipilih untuk menjadi jurulatih Kontinjen Pendidikan Khas Kelantan ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan. Turut terpilih seorang pelajar PIPKSMKCR iaitu Ahmad Mustaqim bin Rahim untuk mewakili kontinjen Kelantan dalam acara 5KM jalan kaki.

Semua peserta ini menjalani latihan intensif yang padat selama 10 hari di SKPK Lati Pasir Mas. Bermula seawal pukul 6 pagi para atlit telah bangun untuk solat. Pukul 7 pagi para atlit memulakan "Morning Run" dengan melakukan jogging disekitar SKPK. Selepas itu atlit akan bersarapan dan diberi rehat selama 2 jam. Selepas rehat para atlit ini akan dipecahkan mengikut kategori masing-masing seperti acara lompatan, acara padang, acara balingan dan sebagainya. Latihan akan berakhir pada pukul 12tengah hari dan disambung semula pada pukul 3 petang. Pada latihan sesi petang para atlit akan jogging megelilingi padang tidak kurang dari 5 pusingan sebelum dipecahkan mengikut kategori. Latihan ini berlangsung sehingga pukul 6 petang. Begitulah rutin harian para atlit selama 10 hari.

Selepas menjalani latihan intensif para atlit diberi peluang untuk pulang berehat dirumah selama satu hari. Selepas itu mereka datang kembali ke SKPK untuk menjalankan misi mereka di Johor. Kontinjen Kelantan telah menghantar 60 orang atlit dan 20 orang jurulatih ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan yang berlangsung di Muar Johor. Para peserta terdiri daripada dua ketogori iaitu Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Bermasalah Pendengaran (BD).

Pencapaian yang boleh dibanggakan bagi atlit dari PIPKSMKCR yang julung kali mengambil bahagian apabila beliau mendapat tempat ke-6 daripada 13 orang peserta. Tahniah diucapkan.

0 komen/cadangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP