Powered by Blogger.

KEBUN KAMI DISERANG!!!

9/11/2011


PASIR PUTEH - Sekumpulan kambing telah berjaya menyusup masuk ke kawasan SMK Cherang Ruku dan melakukan kemusnahan besar-besaran terhadap tanaman-tanaman dikawasan sekolah, tidak terkecuali kebun PPKI SMKCR.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kumpulan kambing (kira-kira 10 ekor) telah berjaya menyusup masuk melalui longkang setelah tidak berjaya memasuki kawasan sekolah melalui pintu pagar kerana dikawal ketat 24jam oleh pengawal keselamatan.
Berikut adalah bukti kerakusan, kekejaman dan kerosakan yang dilakukan oleh gerombolan kambing-kambing tersebut.
Membazir - jagung yang hanya dimakan separuh sahaja. Kenapa tak makan sampai habis?
Setelah kekenyangan kambing2 melompat2 kegembiraan hingga lunyai pokok2 jagung.
Kangkung yang "ditrim"rapi oleh kambing
walaupun pedas namun tetap dibedal juga

1 komen/cadangan:

toreksulong May 14, 2013 at 2:09 PM  

Tahniah Cikgu...teruskan kecemerlangan ini demi kelangsungan menjayakan pendidikan negara yang bertaraf dunia. Selamat Hari Guru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP