Powered by Blogger.

Selamat Menduduki Peperiksaan

3/15/2010

Tahun ini seramai 8 orang pelajar dari PPKISMKCR akan menduduki Peperiksaan Penilaian Menegah Rendah. Syabas dan tahniah serta kami doakan semoga anda berjaya.Bagi membiasakan pelajar dengan peperiksaan sebenar nanti, 8 orang pelajar ini telah turut serta dalam peperiksaan penggal pertama. Mereka ditempatkan bersama pelajar aliran perdana untuk mengambil peperiksaan. Beginilah gelagat anak-anakku yang sedang 'kusyuk' menjawab soalan...

Cikgu cakap kalau xpaham pun jawab jer..asalkan jawab xkira betul ke salah.

Ish..naper xder soalan 'warnakan, suaikan, sambung titik...' salah kertas soalan ni.

suasana didalam kelas semasa peperiksaan berlangsung


Cikgu Hafiz merupakan "Boss" yang bertanggungjawab dalam melicinkan perjalan P&P dan peperiksaan pelajar inklusif. Ni ngah fooning susun soalan.

Tidak kira la berapa markah yang anak-anakku akan dapat nanti janji anda dah lakukan yang terbaik.Syabas dan tahniah. Semoga pengalaman ini dapat memantapkan lagi persediaan kalian untuk menghadapi PMR nanti.





0 komen/cadangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP