Powered by Blogger.

AMALI SOLAT

1/24/2010

Berdasarkan kajian yang dijalankan sebilangan besar pelajar tidak mengetahui cara mengambil air sembahyang dan cara mengerjakan solat. Sehubungan dengan itu para guru dan ppm telah sepakat untuk mengadakan Program Amali Solat bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang solat kepada para pelajar PIPK. Program ini diadakan setiap hari ahad bermula awal tahun ini. Kesemua guru, ppm dan pelajar PIPKSMKCR akan solat secara berjemaah di masjid sekolah. Para guru dan ppm memberikan tunjuk ajar cara mengambil air sembahyang dan cara solat yang betul kepada pelajar. Berikut adalah beberapa gambar yang dirakam oleh cikguyiee :

Para pelajar sedang mengangkat wuduk

Ustaz Zamri memantau dan mebetulkan cara pelajar mengambil wuduk

Cikgu Din (Penyelaras) membetulkan cara mengangkat takbir

Pelajar perempuan tidak terkecuali

Macam-macam kerenah dan gelagat anak-anak didik kami ni. Kekadang tergelak melihat telatah mereka. Alhamdulillah banyak perkara yang salah kami betulkan sepanjang program ini. Objektif pertama kami ialah membetulkan kedudukan dalam solat dulu kemudian bacaan dalam solat akan diajar oleh ustaz dan ustazah didalam kelas nanti. Ini antara beberapa kesilapan yang dilakukan oleh pelajar (AMARAN!!!JANGAN GELAK!!!!)


Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami melakukan program ini. Kerjasama dan keprihatinan warga PIPKSMKCR amat dihargai.

Terima kasih cikgu!!!

0 komen/cadangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP