Hari Kesihatan Pergigian+Derma Darah
Pada 30 Julai 2009, Program Integrasi Pendidikan Khas SNK Cherang Ruku dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Pergigian Pasir Puthe telah menganjurkan Hari Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak Istimewa Daerah Pasir Puteh. Serentak dengan itu juga telah dijalankan Program menderma darah.
Program ini turut disertai oleh pelajar-pelajar Pendidikan Khas dari SK Cherang Ruku, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Cherang Ruku, para ibu bapa serta guru-guru.
Pelbagai aktiviti dijalan kan sepanjang program ini seperti:
Ceramah Kesihatan Gigi
Cara menggosok gigi dengan betul
Pertandingan mewarna
Pameran pergigian
Derma darah
Pengagihan air minuman Indo Cafe secara percuma
dan bermacam aktivi lagi. Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengetua SMKCR Tn. Hj. Zainuddin Bin Harun.
Menurut Penyelaras PIPK SMKCR, En. Zainudin Mohamad Program ini disifatkan berjaya walaupun dirancang dalam masa terdekat dan merancang untuk dimasukkan kedalam takwin tahunan PIPKSMKCR.
LIPUTAN MEDIA BERKAITAN PROGRAM:
SINAR HARIAN:SABTU:01 OGOS 2009
UTUSAN MALAYSIA:RABU:05 OGOS 2009
SINAR HARIAN:RABU:05 OGOS 2009
0 komen/cadangan:
Post a Comment