Powered by Blogger.

7/16/2009

LAWATAN KE KUALA LUMPUR-PUTRAJAYA

Pada 21-24 Jun 2009 yang lepas Program Integrasi Pendidikan Khas SMKCR telah mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Aktiviti ini disertai oleh 5 orang guru, 3 orang PPM dan 34 orang pelajar.

Para peserta lawatan menginap di Kolej Kediaman UTM. Sepanjang 4 hari peserta berkesempatan untuk melwat ke Aquaria KLCC, Menara KL, Putrajaya (Perbadanan Putrajaya, Masjid,Kediaman PM, PICC), Dataran Merdeka, Pusat Sains Negara, Zoo Negara dan kawasan sekitar Kuala Lumpur /Putrajaya. Peserta juga telah menaiki Sistem Transit Aliran Ringan (STAR), satu pengalaman pertama bagi kebanyakan peserta.

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyrakat, Dato' Pa, Restoran Marsuri dan NGO telah bermurah hati untuk menaja makan dan minum peserta.

Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang lawatan 4 hari ini. Kepada semua pihak yang terlibat secara langsung/tidak langsung, pihak PIPK SMKCR mengalungkan ucapan jutaan terima kasih. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa anda.




0 komen/cadangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP