Powered by Blogger.

SAMBUTAN HARI GURU SMKCR

5/23/2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku Telah diadakan pada 22 Mei 2010. Ku sangka hujan ke petang rupanya hujan pagi-pagi lagi...Lepas je cikgucikgi menyanyikan lagu GURU MALAYSIA dan GURU PEMBINA NEGARA BANGSA maka hujan pun turun dengan lebatnya...Hujan yang turun tu rahmat dari Allah. Alhamdulillah...
Memandangkan hujan turun maka sukaneka tidak dapat dijalankan (sukaneka jadi dukaneka)..Untuk persembahan pentas anak2 istimewa ini tidak ketinggalan untuk menunjukkan bakat terpendam dan terendam mereka. Alhamdulillah berkat "kesabaran"...CikguYiee dan Ustazah Shawani.. serta kesungguhan para pelajar segala perancangan walaupun hanya berlatih cuma dua hari sahaja.tiba hari nak buat persembahan kesabaran kami diuji lagi..da yang nak tarik diri dari membuat persembahan kerana...
Setelah dikaunseling dan diberi motivasi Alhamdulillah mereka dengan rela naik kepentas membuat persembahan..maka terimalah persembahan yang berprestij dari pelajar PPKISMKCR...cam nak nangis jer muka..or ngah feel baca pantun ni?
malu la..tutup muka
Syahrizan mendeklamasikan sajak bertajuk ' I Want To Be Like You Teacher" dan seluruh warga dewan ternganga mulut selama 15 saat...Bukan tu aja tp pelajar PPKI terus menggegarkan dewan dengan menampilkan Yusuf membuat persembahan bersama barisan Majlis Perwakilan Pelajar SMKCR.
Duduk kat depan sekali plak tu..Diberi kepercayaan menyanyikan secara duet lagu "Maafkan Kami" dan lagu dari Wali Band "Cari Jodoh"..Serba boleh pelajar2 PPKI ni..
Dah penat semuanya tiba la masanya untuk makan...Ribuan terima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana menyiapkan ENAM KAWAH gulai lembu sebagai santapan kami semua....

Memang sodap..tahun depan sudi-sudi la masak untuk kami lagi ya...
Akhir kata SELAMAT HARI GURU kepada seluruh warga pendidik..

1 komen/cadangan:

CikguYiee May 23, 2010 at 11:28 PM  

Jangan terlalu melihat apa yang telah kamu usahakan tetapi lihatlah apa yang kamu BELUM SELESAIKAN...
Ya Allah berikan kami kekuatan dalam menjalankan amanahMu mendidik anak2 istimewa ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP