Powered by Blogger.

MARI BERKEBUN!!!

5/20/2010

Sudah lama kami bersabar...kini tiba masanya untuk kami bertindak..kami bukan ingin membuat tunjuk perasaan tapi kini kami sedang menyelesaikan masalah yang membelenggu kami sekian lama iaitu mengenai tanah kebun kami yang keras dan mengandungi batu-batuan. Jadi kami telah berkerjasama untuk menyelesaikan permasalahan ini..
Membuat batas menggunakan bata adalah penyelesaiannya. Antara kelebihannya ialah tidak perlu digembur selalu, menjimatkan air dan baja, memudahkan kawalan, dan yang paling penting tiada lagi tanah yang keras dan berbatu kerana akan diganti dengan tanah baru apabila siap kelak.Beginilah rupa kebun kami sebelum dinaik taraf..ok kawan-kawan tunggu apa lagi..jom buat kerja!!!Ratakan tanah dan buat petak batas mengikut ukuran yang telah ditetapkan.. Masukkan 23 skop pasir dan tambah 17 skop simen kemudian adunkan sehingga sebati..apabila adunan telah sebati sila tambah air secukup rasa...(baca dengan nada Chef Wan untuk lebih 'feel')

*tajuk asal buku ini ialah Simply Sedap
Cikgu Azman tidak mensia-siakan kemahiran dan pengalaman mengikat bata yang dipelajarinya ketika menjadi buruh binaan suatu ketika dulu.Pelajar melakukan kerja dengan pemantuan guru..memandangkan pelajar-pelajar ini datang dari keluarga yang susah jadi tidak asing kerja-kerja sebegini bagi mereka..malah ada diantara pelajar ini menolong bapa mereka membuat rumah tempat mereka berteduh..ni aper kes buat kejer pn pakai baju batik..sebenarnya cikguyiee (aku la tu) xpuas hati sebab gambar dia tak ada..asyik jadi cameraman jer.so nak juga ada gambar (tq cikgu azman kerana sudi snap picture ni setelah dipaksa berkali-kali)..Ngah nak posing2 ada plak 'model' catwalk memperagakan fesyen topinya lalu kat depan untuk bergambar sama....
apa nak dikata...dan setelah beberapa jam bertungkus lumus inilah hasilnya..
lebih kurang macam ni la rupanya.ni belom siap sepenuhnya lagi ni..lebih kurang 6 batas konkrit ini akan dibina bagi menggantikan batas lama.

2 komen/cadangan:

ahmad humairi May 21, 2010 at 8:52 AM  

oooo,
macam tanam bunga kat sekolah tu yea??..ok2 nanti kita tanam sayu lak ikut kaedah nie...

Unknown July 1, 2010 at 8:15 AM  

assalammualikom...

kebun kami dulu pun macam nie... tapi kalau guna batas simen nie tanah akan menjadi lebih keras nanti. susah nak gembur... guma campuran sekam padi atau sabut kelapa untuk selesaikan masalah tanah nie... atau cikgu boleh guna teknik tanaman fertigasi..... boleh buat set mini... dalam blog ada tunjuk kaedah nie... saya dah buat alhamdulilah dah mula ada hasil..... selamat berusaha cikgu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP